Tuesday 15 July 2014

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum...
Selamat menyambut hari ulang tahun turunnya Al Quran.
Al quran adalah pemisah antara hak dan batil, mengkhabarkan dosa dan pahala, berita gembira, syurga, neraka, penyembuh dan banyak lagi kelebihannya.
Moga kita menjadi ahlul quran.

KALAU KITA BUAT DOSA.....,
Kita akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.

Murung dan wujud keresahan di dalam hati.

Segala urusan dihurung kesusahan dan kepayahan.

Perkara ketaatan sukar untuk dilaksanakan.

Keberkatan hidup terangkat.

Bergelumang dengan pelbagai perkara buruk.

Dosa dan maksiat menjadi kebiasaan.

Hati penuh dengan titik hitam.

Tidak lagi mengecapi kebahagiaan.

Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diri.

Mudah ditawan oleh syaitan.

Jangan kita membelenggu diri kita dengan dosa.

Ayuh...kita bertaubat kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Rasulullah saw bersabda :"Pada setiap malam Allah azzawajalla turun ke langit
ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman :

      "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, pasti aku akan kabulkan dan sesiapa yang memohon kepadaKu, pasti akan Kuberi,
dan sesiapa yang mohon ampun kepadaKu pasti akan Ku ampuninya".

Astaghfirullah al 'Aziim wa atuubu ilaik.
 Allahumma 'afuwwun Kareem Tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna.
17 Ramadhan 1435h.

No comments:

Post a Comment