Adapun ramai yang menganggap bahawa menutup aurad adalah hak peribadi, tapi sebagai orang Islam, yang wajib tetap wajib dan ini tidak langsung boleh dikompromi oleh mana-mana pihak sekali pun.
![]() |
Mana maruah kita sebagai orang Islam apabila menerima reaksi seperti ini? Padahal mereka bukan meminta sedekah. |
Tidak kurang juga majikan bukan Islam yang tidak membenarkan pekerja Islamnya bersolat hatta solat Jumaat sekalipun. Ini lebih parah kerana ianya melibatkan tiang agama. Mereka dengan selamba dan langsung tidak peduli dengan apa jua alasan! Apakah tidak ada undang-undang hatta peruntukan dalam hak asasi manusia sekali pun yang ada untuk membela nasib umat Islam di negara sendiri?
Berdoalah kita kepada Allah agar generasi akan datang tidak akan mengalami gejala ini; TAPI; pihak pemimpin PERLU mengambil tindakan daripada sekarang sebelum ianya parah dan terus tidak dapat diperbaiki lagi.
Mana dia penguasa agama yang cepat mencekup mereka yang berkhalwat, tak puasa dll? Mana dia jaguh-jaguh pembela Islam yang berdekah-dekah mahukan hukum Islam dilaksana? Mana dia pemimpin yang berkuasa yang katanya terus berjuang untuk kemaslahatan ummat? Kenapa tidak memilih untuk memperjuangkan nasib anak-anak generasi kita yang akan datang ini?
Pemimpin seharusnya merasa malu apabila mengakui bahawa Islam adalah agama yang telah dinobatkan sebagai agama rasmi tetapi hakikatnya telah dinafikan; bukan oleh satu kuasa dunia yang besar, tapi hanya oleh peniaga-peniaga.
No comments:
Post a Comment