Saturday 19 July 2014

Sekitar Majlis Penyampaian Sumbangan Utk Anak Yatim RAYSS


Penyampaian sumbangan Lagenda Mozac78 oleh Haji Azhari Well kepada Ustaz Azhar

Majlis ramah mesra sebelum penyampaian 

Haji Azhari Well bersama taiko Ex-mozac Haji Rafie Omar 

RAYSS kelolaan MAIM

Kambing golek istimewa buat hidangan iftar 

Sekali lagi kumpulan Lagenda Mozac78 telah tampil untuk menghulurkan sumbangan sebanyak RM1400 sempena Ramadhan AlMubarak ini. Kali ini sumbangan ditujukan kepada kumpulan anak-anak yatim alumni Mozac, anak-anak yatim RAYSS dan anak-anak yatim yang sedang menuntut di MOZAC kini.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Azhari Well Mohamed kepada wakil RAYSS, Ustaz Hj Azhar.
Hj Azhari Well juga telah berkesempatan untuk mengimami solat maghrib di surau RAYSS. Rumah anak yatim ini adalah di bawah seliaan MAIM dan kini menampung seramai 80 anak-anak yatim.

Wednesday 16 July 2014

PERLEMBAGAAN MALAYSIA: BEBAS MENGAMALKAN AGAMA MASING2? (1)

Di luar negara mereka melaungkan berhijab sebagai
satu hak asasi manusia tetapi di Malaysia walaupun
sudah termaktub dalam Perlembangaan'
namun nasib wanita-wanita kita juga teraniaya.
Ketika hendak menghadiri temuduga, tudung terpaksa dibuka. Itulah 'tip' agensi pekerjaan kepada wanita-wanita yang berminat untuk bekerja di syarikat-syarikat swasta tertentu. Nasihat mereka lagi, bila dah dapat surat tawaran, terpulanglah kepada kamu kalau nak pakai tudung balik.
Inilah keadaan yang memang berlaku pada ramai anak-anak perempuan kita bila tiba hasrat mereka untuk bekerja menampung perbelanjaan sendiri dan keluarga.

Namun, bagi mereka yang mengenakan tudung mereka balik,
pelbagai tekanan yang diberikan malah ada yang tidak tahan dan terus meletak jawatan walaupun baru beberapa hari bekerja.

Begitulah biadapnya majikan-majikan yang mencari keuntungan tidak kira tempatan mahupun pelabur luar yang bertaraf multinational.
Kata-kata ini cuma dalam bentuk lisan sahaja

Ada juga konglomerat Perancis yang mempunyai polisi senyap begini yang meraih projek bernilai berjuta-juta ringgit dari Tenaga Nasional Berhad, Petronas dan lain-lain GLC. Mimpi atau realiti? Tanya sendiri pada kenalan-kenalan anda yang bekerja di GLC-GLC berkenaan.

Terdapat juga sebuah butik antarabangsa di KLCC yang tidak membenarkan kakitangan Islamnya bersolat, malah untuk bersolat Jumaat pun tidak dibenarkan untuk setiap minggu. Pekerja lelaki cuma dibenarkan untuk solat selang Jumaat atau 2 kali sebulan saja.
Apakah butik ini yang dimaksudkan? Singgah
dan tanya sendiri pekerja Islam di situ







Bersambung....

PERLEMBAGAAN MALAYSIA: BEBAS MENGAMALKAN AGAMA MASING2? (2)

Kadang-kadang kita masih tertanya-tanya adakah orang Islam bebas dan berhak mengamalkan agama mereka di mana-mana, dalam apa jua keadaan dan sepanjang masa seperti yang di peruntukan dalam perlembagaan? Kita dibuai mimpi sebenarnya. Hakikatnya adalah penganut agama lain lebih bebas mengamalkan agama mereka tanpa diganggu malah dalam keadaan-keadaan tertentu diberikan galakan lagi terutama oleh parti-parti politik yang punya kepentingan untuk kejayaan politik mereka. Yang lebih memilukan kita ialah, Islam adalah agama bagi persekutuan!!!

Adapun ramai yang menganggap bahawa menutup aurad adalah hak peribadi, tapi sebagai orang Islam, yang wajib tetap wajib dan ini tidak langsung boleh dikompromi oleh mana-mana pihak sekali pun.

Mana maruah kita sebagai orang Islam apabila menerima reaksi seperti ini? Padahal mereka bukan meminta sedekah.
Malang apa yang berlaku di lapangan amat memeranjatkan kita tetapi lama-kelamaan sudah menjadi kebiasaan dan umat Islam terutama wanita terpaksa menerima kenyataan bahawa pemakaian tudung akan menjejaskan peluang pekerjaan. Bukan setakat menjejaskan malah mereka yang sudah bekerja terpaksa dan dipaksa untuk meninggalkan pekerjaan itu akibat didesak dan diasak majikan dengan pelbagai alasan.

Tidak kurang juga majikan bukan Islam yang tidak membenarkan pekerja Islamnya bersolat hatta solat Jumaat sekalipun. Ini lebih parah kerana ianya melibatkan tiang agama. Mereka dengan selamba dan langsung tidak peduli dengan apa jua alasan! Apakah tidak ada undang-undang hatta peruntukan dalam hak asasi manusia sekali pun yang ada untuk membela nasib umat Islam di negara sendiri?

Berdoalah kita kepada Allah agar generasi akan datang tidak akan mengalami gejala ini; TAPI; pihak pemimpin PERLU mengambil tindakan daripada sekarang sebelum ianya parah dan terus tidak dapat diperbaiki lagi.

Mana dia penguasa agama yang cepat mencekup mereka yang berkhalwat, tak puasa dll? Mana dia jaguh-jaguh pembela Islam yang berdekah-dekah mahukan hukum Islam dilaksana? Mana dia pemimpin yang berkuasa yang katanya terus berjuang untuk kemaslahatan ummat? Kenapa tidak memilih untuk memperjuangkan nasib anak-anak generasi kita yang akan datang ini?

Pemimpin seharusnya merasa malu apabila mengakui bahawa Islam adalah agama yang telah dinobatkan sebagai agama rasmi tetapi hakikatnya telah dinafikan; bukan oleh satu kuasa dunia yang besar, tapi hanya oleh peniaga-peniaga.



Tuesday 15 July 2014

The Money Is Your's BUT The Resources Belongs To The Society

Germany is a highly industrialized country. In such a country, many will think its people lead a luxurious life.

When we arrived at Hamburg , my colleagues walked into the restaurant, we noticed that a lot of tables were empty. There was a table where a young couple was having their meal. There were only two dishes and two cans of beer on the table. I wondered if such simple meal could be romantic, and whether the girl will leave this stingy guy.

There were a few old ladies on another table. When a dish is served, the waiter would distribute the food for them, and they would finish every bit of the food on their plates.
The money is yours but the resources belongs to the society 


As we were hungry, our local colleague ordered more food for us.When we left, there was still about one third of un-consumed food on the table.

When we were leaving the restaurant, the old ladies spoke to us in English, we understood that they were unhappy about us wasting so much food.

"We paid for our food, it is none of your business how much food we left behind," my colleague told the old ladies. The old ladies were furious. One of them immediately took her hand phone out and made a call to someone. After a while, a man in uniform from Social Security organisation arrived. Upon knowing what the dispute was, he issued us a 50 Euro fine. We all kept quiet.

The officer told us in a stern voice, "ORDER WHAT YOU CAN CONSUME, MONEY IS YOURS BUT RESOURCES BELONG TO THE SOCIETY. THERE ARE MANY OTHERS IN THE WORLD WHO ARE FACING SHORTAGE OF RESOURCES. YOU HAVE NO REASON TO WASTE RESOURCES."

The mindset of people of this rich country put all of us to shame. WE REALLY NEED TO REFLECT ON THIS. We are from country which is not very rich in resources. To save face, we order large quantity and also waste food when we give others a treat.
(Courtesy: A friend who is now changed a lot)

THE LESSON IS:- THINK SERIOUSLY ABOUT CHANGING OUR BAD HABITS. Expecting acknowledgment, that u read the message and forward to your contacts.
VERY TRUE  -"MONEY IS YOURS BUT RESOURCES BELONG TO THE SOCIETY."

Islam melarang pembaziran dalam bentuk fizikal dan kerohanian. Pembazir itu saudara syaitan dan juga pembaziran menafikan hak mereka yang kurang bernasib baik. Inilah nilai estetika Islam yang sering disepikan tetapi oleh kerana Jerman sebuah negara maju yang dipandang tinggi mengamalkan nilai ini maka Islam yang lebih dahulu menganjurkannya, masyarakat, malah penganutnya sendiri mengambil enteng tentang tabiat buruk ini. Wallahua’lam.
Dari posting Whatsapp LAGENDA MOZAC78 oleh Dr Musa Jantan


Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum...
Selamat menyambut hari ulang tahun turunnya Al Quran.
Al quran adalah pemisah antara hak dan batil, mengkhabarkan dosa dan pahala, berita gembira, syurga, neraka, penyembuh dan banyak lagi kelebihannya.
Moga kita menjadi ahlul quran.

KALAU KITA BUAT DOSA.....,
Kita akan diharamkan daripada mendapat ilmu yang bermanfaat.

Murung dan wujud keresahan di dalam hati.

Segala urusan dihurung kesusahan dan kepayahan.

Perkara ketaatan sukar untuk dilaksanakan.

Keberkatan hidup terangkat.

Bergelumang dengan pelbagai perkara buruk.

Dosa dan maksiat menjadi kebiasaan.

Hati penuh dengan titik hitam.

Tidak lagi mengecapi kebahagiaan.

Perisai malu tidak lagi bertahan dalam diri.

Mudah ditawan oleh syaitan.

Jangan kita membelenggu diri kita dengan dosa.

Ayuh...kita bertaubat kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Rasulullah saw bersabda :"Pada setiap malam Allah azzawajalla turun ke langit
ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman :

      "Sesiapa yang berdoa kepadaKu, pasti aku akan kabulkan dan sesiapa yang memohon kepadaKu, pasti akan Kuberi,
dan sesiapa yang mohon ampun kepadaKu pasti akan Ku ampuninya".

Astaghfirullah al 'Aziim wa atuubu ilaik.
 Allahumma 'afuwwun Kareem Tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna.
17 Ramadhan 1435h.

Sunday 13 July 2014

There's Only 1 Answer To The Following Questions.....






Question: Which country alone in the Middle East has nuclear weapons?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East has just recently used a weapon of mass destruction, a one-ton smart bomb, dropping it in the center of a highly populated area killing civilians including children?
Answer: Israel

Question: What country in the Middle East was cited by Amnesty International fordemolishing more than 4000 innocent Palestinian homes as a means of ethnic cleansing?
Answer: Israel

Question: What country on Planet Earth has the second most powerful lobby in the United States , according to a recent Fortune magazine survey of Washington insiders?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East receives U.S. weapons for free and then sells the technology to the Republic of China even at the objections of the U.S. ?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East regularly violates the Geneva Convention by imposing collective punishment on entire towns, villages, and camps, for the acts of a few, and even goes as far as demolishing entire villages while people are still in their homes?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East routinely kills young Palestinian children for no reason other than throwing stones at armored vehicles, bulldozers, or tanks?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East refuses to sign the nuclear non-proliferation treaty and bars international inspections? ?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East seized the sovereign territory of other nations by military force and continues to occupy it in defiance of United Nations Security Council resolutions?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East routinely violates the international borders of another sovereign state with warplanes and artillery and naval gunfire?
Answer: Israel

Question: What American ally in the Middle East has for years sent assassins into other countries to kill its political enemies (a practice sometimes called exporting terrorism)?
Answer: Israel

Question: In which country in the Middle East have high-ranking military officers admitted publicly that unarmed prisoners of war were executed?
Answer: Israel

Question: What country in the Middle East refuses to prosecute its soldiers who have acknowledged executing prisoners of war?
Answer: Israel

Question: What country in the Middle East created millions of refugees and refuses to allow them to return to their homes, farms and businesses?
Answer: Israel

Question: What country in the Middle East refuses to pay compensation to people whose land, bank accounts and businesses it confiscated?Answer: Israel

Question: In what country in the Middle East was a high-ranking United Nations diplomat assassinated?
Answer: Israel

Question: In what country in the Middle East did the man who ordered the assassination of a high-ranking U.N. diplomat become prime minister?
Answer: Israel

Question: What country in the Middle East blew up an American diplomatic facility in Egypt and attacked a U.S. ship, the USS Liberty, in international waters, killing 34 and wounding 171 American sailors?
Answer: Israel

Question: What country in the Middle East employed a spy, Jonathan Pollard, to steal classified documents from USA and then gave some of them to the Soviet Union ?
Answer: Israel

Question: What country at first denied any official connection to Pollard, then voted to make him a citizen and has continuously demanded that the American president grant Pollard a full pardon?
Answer: Israel

Question: What Middle East country allows American Jewish murderers to flee to its country to escape punishment in the United States and refuses to extradite them once in their custody?
Answer: Israel

Question: What Middle East country preaches against hate yet builds a shrine and a memorial for a murderer who killed 29 Palestinians while they prayed in their Mosque.?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East deliberately targeted a civilian U.N. Refugee Camp in Qana , Lebanon and killed 103 innocent men, women, and especially children?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East is in defiance of 69 United Nations Security Council resolutions and has been protected from 29 more by U.S. vetoes?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East receives more than one-third of all U.S. aid to the world yet is the 16th richest country in the world?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East had its Prime Minister announce to his staff not to worry about what the United States says because "We control America ?"
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East signed the Oslo Accords promising to halt any new Jewish Settlement construction, but instead, has built more than 270 new settlements since the signing?
Answer: Israel

Question: Which country in the Middle East has assassinated more than 100 political officials of its opponent in the last 2 years while killing hundreds of civilians in the process, including dozens of children?
Answer: Israel
Picked up from Suhailah Ibrahim's FB Wall

CUIT-CUIT UST KAY (Edisi Khas Tazkirah Ramadhan-2)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

CUIT-CUIT UST KAY (Edisi Khas Tazkirah Ramadhan) Jumaat, 13 Ramadhan 1435H : RAMADHAN BULAN PENAMBAH PAHALA - Untuk dikupas oleh Pentazkirah atau dibaca oleh Imam atau Bilal Terawih (15 - 20 minit sahaja)

Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya' Ramadhan sekalian,

Banyak amalan soleh yang perlu kita lakukan untuk menutup 'lubang-lubang' kesilapan dosa yang telah kita korek sepanjang kehidupan ini. Adalah diharapkan bila sampai 'Yaumul Mizan' iaitu hari pertimbangan neraca amalan manusia di Hari Akhirat nanti, amalan-amalan soleh ini akan lebih berat berbanding amalan-amalan toleh yang belum sempat kita mohonkan keampunan kepada Allah SWT.

PENCERAHAN :
Antara amalan-amalan soleh yang boleh kita amalkan untuk menambahkan pahala pada kesempatan sepanjang bulan Ramadhan ini selepas kita ketahui 13 Amalan Penghapus Dosa semalam, adalah seperti berikut;

1. KELUAR MENUNTUT ILMU. Pergi ke masjid atau ke surau pada bulan Ramadhan ini niat untuk Qiamu Ramadhan. Rugi kalau keluar rumah sekadar niat untuk Solat Terawih, masukkan niat juga untuk menadah ilmu melalui Tazkirah Ramadhan. Kerana ia turut ditakrifkan ulama' sebagai aktiviti mendirikan Ramadhan. Siang syiam (puasa) malam qiam (bangun). Sabda Nabi SAW ;
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya dengan (ilmu) itu jalan menuju syurga”. (HR. Muslim)

2. SENTIASA MENGINGATI ALLAH. Inilah masa yang paling baik untuk kita memperbanyak mengingati Allah SWT. Sabda Nabi SAW ; “Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan darjat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun menebas batang leher kalian. Mereka berkata: “Tentu”, lalu Baginda bersabda: Zikir kepada Allah Ta`ala”. (HR. At Tirmidzi)

3. BERDAKWAH KEPADA ALLAH. Ajaklah suami @ isteri-isteri dan anak-anak terlebih dahulu
untuk ihya' Ramadhan terbaik pada tahun ini. Rasulullah SAW bersabda ; “Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun” (HR. Muslim)

4. MELAWAT ORANG SAKIT. Pastinya ada juga pada bulan Ramadhan ini sanak saudara atau kenalan kita yang sedang terlantar sakit di hospital. Sabda SAW; “Tiada seorang muslim pun melawat orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70.000 malaikat berselawat kepadanya hingga petang hari, dan apabila ia menjenguk pada petang harinya mereka akan selawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di syurga”. (HR. Tirmidzi)

5. MENAHAN MARAH. Rugilah orang yang pada bulan puasa ini dia sering marah-marah. Selain dikhuatiri hilang pahala puasa...hilang juga peluang untuk memilih bidadari syurga !. Sabda Rasulullah SAW; “Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya maka kelak pada hari kiamat Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai” (HR. Tirmidzi)

6. MENGIRINGI SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT RAWATIB. Solat Sunat Terawih 8 @ 20 rakaat pun boleh kita buat, inikan pula hanya 2 rakaat qabliah dan ba'diah. “Tiada seorang hamba muslim solat kerana Allah setiap hari 12 rakaat sebagai solat sunat selain solat fardhu, kecuali Allah membangunkan baginya rumah di syurga”. (HR. Muslim)

7. SOLAT DI MALAM LAILATUL QADAR. Pilihlah antara Lailatul Qadar atau Lailatul 'Kamdar'. Sebab bulan Julai adalah bulan melawat Kamdar. Rasulullah SAW bersabda; “Barangsiapa mendirikan solat di (malam) Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR. Bukhari dan Muslim)

8. MENYINGKIRKAN GANGGUAN DARI JALAN. Gangguan yang ada sekarang ini bukan sekadar di jalan tetapi di tepi atau sekeliling masjid dan surau. Iaitu kanak-kanak yang bermain mercun ketika jemaah sedang Solat Terawih. Jadikan masjid dan surau 'Zon Bebas Mercun'. Sabda Na
bi SAW; “Saya telah melihat seseorang bergelumang di dalam kenikmatan syurga disebabkan ia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang ramai” (HR. Muslim)

9. BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN. Rahmat yang dibawa nabi bukan untuk manusia sahaja, tetapi untuk sekalian alam termasuklah tumbuhan dan haiwan. “Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu kerana kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air kemudian memberi minum kepada anjing tersebut, maka Allah membalasnya dengan memasukkannya ke dalam syurga”.(HR. Bukhari)

10. MENINGGALKAN PERDEBATAN. Sama ada ketika berbicara secara 'live' mahupun dalam media sosial. Berapa ramai orang yang bermasam muka dan 'left' group kerana berdebat pada perkara yang dianggap dia sahaja yang betul. Benar tapi egoistik tiada gunanya juga. Sabda SAW; “Aku adalah pemimpin rumah di tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenanginya”. (HR. Abu Daud)

11. MENGUNJUNGI SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA. Sabda SAW; "Mahukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni syurga? Mereka berkata: “Tentu wahai Rasulullah”, maka Baginda bersabda: “Nabi itu di syurga, orang yang jujur di syurga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah maka ia di syurga” (HR. At-Thabrani)

12. MENANGGUNG BEBAN HIDUP ANAK YATIM. Menyantuni anak yatim di luar bulan puasa pun sudah banyak pahala, apatah lagi di bulan ini. Antara kaedah untuk membantu anak yatim ialah 'tanggunglah' ibunya, maka tertanggunglah anak yatimnya. Sabda SAW; “Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di syurga seperti begini,” seraya baginda menunjukkan kedua jarinya: jari telunjuk dan jari tengah. (HR. Bukhari)

13. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN. Yang ni no komen... sebab isteri pun sedang baca atau mendengar tazkirah ini. Rasulullah SAW berpesan; “Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya dengan orang yang berjihad di jalan Allah” dan saya (pera
wi-pent) mengira Baginda bersabda: Dan seperti orang melakukan qiamullail yang tidak pernah jenuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka” (HR. Bukhari)

KESIMPULANNYA :
Banyak lagi sebenarnya amalan soleh yang boleh kita amalkan dalam bulan Ramadhan ini seperti bersedekah, berjihad, tadarus Al-Quran, pergi umrah dan sebagainya. Namun amalan soleh yang sangat mudah dan perlu kita lakukan sekarang ini adalah untuk menadah tangan mendoakan saudara kita di bumi Ghaza Palestin yang sedang dizalimi oleh rejim Zionis Israel laknatullah. "Hidup-hidup, hidup Islam !. Hancur-hancur, hancur Israel !". Wallahu a'lam - 'Al-amal al-amal al-amal lulillah...' Ukay's.
- Haji Azhari Well Mohamad

Maahad Tahfiz Baitil Hamdi Masih Perlu Bantuan

Maahad Tahfiz Baitil Hamdi, Tabuh Naning Melaka memerlukan suntikan dana baru bagi menempatkan 18 orang pelajarnya yang kehilangan blok asrama mereka akibat kebakaran baru-baru ini.

Inilah kesan bencana kebakaran yang berpunca dari litar pintas.
Buat masa ini mereka ditempatkan di rumah mertua Cikgu Ab Halim Jalil yang kini mengambil tanggungjawab mengelolakan maahad ini. Oleh kerana ianya sebuah rumah kampung yang biasa, kini kerja-kerja menambah infrastruktur asas seperti tandas dan bilik mandi sedang dilaksanakan.
Inilah rumah mertua Cikgu Halim yang dijadikan penempatan dan pengajian 18 pelajar perempuan tersebut.
Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan telah diadakan di hadapan rumah ini. Sumbangan tersebut yang berjumlah keseluruhannya RM5,500 adalah dari kumpulan bekas pelajar yang menggelarkan diri mereka Lagenda Mozac78.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Dr Haji Ahmad Wahid dan Sdr Zulkefli Mohamad. Turut sama di majlis ringkas itu adalah Sdr Abu Hanifah Karim.
Menurut Cikgu Halim lagi lebih banyak dana bakal diperlukan kerana tapak kekal Maahad Al Hamdi ini sudah pun dikenalpasti dan buat masa ini sedang dalam proses untuk memohon pihak kerajaan negeri untuk memperbaiki dan membina jalan masuk yang lebih baik dan lain-lain kemudahan infrastruktur yang diperlukan.
Sama-samalah kita berdoa agar Ketua Menteri sekarang, Sdra Idris Haron, yang juga merupakan bekas pelajar Mozac sudi membantu bila permohonan dikemukakan.
-Braveiron

Tuesday 8 July 2014

Bantuan Untuk Tahfiz Yang Terbakar


Kempen kutipan derma kini dilancarkan untuk membantu maahad tahfiz di Tabuh Naning yang terbakar baru-baru ini. Untuk makluman pengumpul sumbangan tersebut, Cikgu Abdul Halim Abd Jalil adalah bekas guru Biologi di Mozac dulu.

Ringan-ringankan hati untuk menderma di bulan mulia ini. Fi amanillah.

CUIT-CUIT UST KAY - Edisi Tazkirah Ramadhan-1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 
CUIT-CUIT UST KAY (Edisi Khas Tazkirah Ramadhan) Selasa, 10 Ramadhan 1435H : RAMADHAN BULAN KESABARAN - Untuk dikupas oleh Pentazkirah atau dibaca oleh Imam atau Bilal Terawih (15 - 20 minit sahaja)
Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya' Ramadhan sekalian,
هُوَ شَهْرُ الصَّبْرِ , وَ الصَّبْرُ ثَوَابُهُ اْلجَنَّةَ
“Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah masuk syurga.”
PENCERAHAN :
Di antara nama lain bulan Ramadhan ialah Syahru As-Sabr dan Syahru Al-Muwasah. Syahru Sabr bermakna bulan mendidik kesabaran atau melaksanakan perintah ibadah puasa itu sendiri adalah bukti kesabaran, kerana menurut ulama ruang lingkup kesabaran itu ada tiga iaitu;
1. Sabar dalam melaksanakan ketaatan semua perintah Allah SWT hingga ajal menjemput.
2. Sabar dalam menghindari maksiat atau dalam meninggalkan laragan Allah.
3. Sabar dalam menghadapi musibah atau situasi yang tidak diharapkan yang telah berlaku.
Ibnu Abdil Barr rahimahullah menjelaskan,“Dalam kamus Lisanul Arab, puasa juga bermakna sabar. Abu Bakar Ibnul Anbari mengatakan,”Shaum (puasa) itu dinamakan sabar, kerana puasa adalah menahan diri dari makan, minum, berkumpul suami-isteri serta menahan diri dari syahwat.”
Sabar adalah intipati ajaran Islam dan iman. Bersabar ertinya mengendalikan dan memaksa nafsu untuk melaksanakan ketentuan syariat. Sabar adalah saudara kembar dengan syukur, kerana syukur tidak akan sempurna tanpa kesabaran. Barangsiapa yang bersabar, maka ia telah bersyukur atas nikmat Allah SWT yang dikurniakan kepadanya. Jika kepentingan nafsu dan agama saling bertentangan kemudian kita mengutamakan kepentingan agama, maka bererti kita telah mewujudkan maqam (kedudukan) sabar tersebut.
Kesabaran memiliki berbagai keutamaan dan manfaat. Allah berfirman;
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dibalas dengan pahala tanpa batas.”
(QS Az-Zumar :10)
وَلَنَجْزِي
َنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan kami pasti akan memberikan balasan kepada mereka yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (QS An-Nahl : 96)
Bulan Ramadhan adalah waktu paling tepat untuk melatih kesabaran kerana di bulan ini kita diwajibkan berpuasa dan ibadah puasa adalah separuh dari pada kesabaran. Rasulullah SAW bersabda:
اَلصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ وَ لِكُلِّ شَيْئٍ زَكَاةٌ , وَ زَكَاةٌ اْلجَسَدِ الصَّوْمُ
“Puasa itu setengah dari kesabaran. Bagi tiap-tiap perkara ada zakatnya dan zakatnya badan ialah puasa.”
Antara bentuk-bentuk kesabaran orang yang berpuasa ialah ;
1. Sabar terpaksa bangun lebih awal daripada biasa untuk mengambil keberkatan bersahur.
2. Sabar, lebih lagi kepada para isteri yang kena masak lebih awal dan selepas itu sabar pula mengejutkan anak-anak dan suami yang liat hendak bangun sahur.
3. Sabar sepanjang 13 - 14 jam berpuasa pada waktu siangnya, menahan lapar dan dahaga dan keinginan nafsu syahwat.
4. Sabar sepanjang berpuasa daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengurang atau membatalkan pahala puasa seperti mengumpat dan menonton rancangan Sinetron dan Drama Filipina.
5. Sabar menahan ammarah bila sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan kita.
6. Sabar dalam keadaan perut lapar tetapi kena bekerja juga seperti biasa.
7. Sabar ketika tadarus Al-Quran pada bulan puasa dalam keadaan tekak dan bibir yang kering.
8. Sabar ketika pergi ke bazar Ramadhan melihat aneka makanan dan minuman yang mencolok mata, hidung dan perut.
9. Sabar bila pelbagai makanan minuman telah terhidang di dapur untuk menunggu waktu berbuka puasa.
10. Sabar untuk melaksanakan Solat Sunat Terawih 8 raka'at apatah lagi kena banyak bersabar sekiranya 20 raka'at.
Antara ciri orang bertaqwa ialah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi sebarang cubaan dan ujian daripada Allah sehingga imannya semakin kuat. Oleh itu ibadat puasa merupakan antara proses dalam menanam kukuh sifat sabar dalam diri umat Islam. Rasulu
llah SAW bersabda;
الإيمان هوَ الصَّبْرُ وَ السَّمَاحَةُ
“Iman adalah kesabaran dan suka memaafkan.”
Dari Abu Hurairah ra beliau berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Semua amal anak Adam adalah baginya kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu bagi-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai, apabila kamu sedang puasa janganlah berkata keji (memaki), janganlah berteriak-teriak dan janganlah berbuat perkara yang bodoh. Apabila ada seseorang yang mencacinya atau memeranginya maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang puasa… .” (HR : Bukhari dan Muslim)
Puasa Ramadhan merupakan media yang sangat efektif untuk melatih kesabaran. Betapa manusia beriman selama satu bulan penuh dilatih untuk sabar serta mampu menahan diri, tidak melakukan hal-hal yang menjejaskan pahala puasanya. Justeru kemuncak pasca ramadhan adalah dibebaskan dari api neraka dan terbinanya muslim yang lebih kuat dan bersih serta menjadi generasi yang bertaqwa.
Tuan-tuan, puan-puan dan para pengihya' Ramadhan sekalian,
KESIMPULAN :
Oleh itu disepanjang Ramadhan ini mari kita tumbuh mekarkan sabar dalam jiwa kita, kita pupuk kesabaran agar kita mampu menghadapi cabaran kehidupan hari ini dan hari esok dengan jiwa mukmin yang penuh dengan kesabaran agar kita mampu melaksanakan perintah Allah SWT baik dalam suka mahupun duka, dimana saja kita berada, serta mampu menjauhi maksiat atau larangan-Nya sehingga kita menjadi muslim yang 'Muttaqin.'
Wallahu a'lam - Sabarjer lah. Ukay's
Whatsapp posting by:
Haji Azhari Well Mohamad

Monday 7 July 2014

Mini Get Together

Dapat juga buat satu mini get together MOZAC78 pada 29 Jun lalu, sehari sebelum puasa di restoran.....apa ke namanya. Lupa dah. Yang hadir, Prof Taib Dora, Haji Azhari Well, Dr Ahmad Wahid dan isteri, Norazman, Zakaria serta braveiron dan isteri. Seronok, lebih-lebih lagi ada orang belanja, makanannya pulak muahh!!!!!







Dah kenyang....urppp....Alhamdulillah....
                         
Terima kasih Sdr Dr Ahmad Wahid, Allah murahkan rezeki kau.

Belasungkawa MOZAC 78

Al Faatihah buat rakan-rakan yang telah dahulu meninggalkan kita:

1. Sha'rani (5A1)- ?
2. Latifah (5A1)-2008
3. Mozaimi (5A2)-2012
4. Ahmad Noh (5A3)-2014

Satu tabung khas telah dibentuk untuk memberikan sumbangan kepada waris-waris Mozaimi dan juga Ahmad Noh Nawi.


Penyampaian wang sumbangan sebanyak RM1,000 kepada bekas isteri Almarhum Ahmad Noh Nawi, Puan Anisza oleh Saudara Jasmi Jaafar (5A4)


Penyampaian wang sumbangan sebanyak RM1,000 kepada anak Almarhum Mozaimi Mohamad, Faten Mozaimi oleh Saudara Dr Ahmad Wahid (5A2).


Semoga mereka ditempatkan bersama-sama para solihin dan syuhada'. Amin.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada kengkawan yang telah menghulurkan sumbangan.
Assalamualaikum Kengkawan,
Kita banyak berbicara dekat whatsapp dengan lebih berseloroh dan cukup seronok dapat bersenda gurau sesama kita setelah sekian lama tak berjumpa.
Sebagai memperkukuhkan lagi perhubungan kita saya, Zulkefli Mohamad 5A1, atau nama blogger saya 'braveiron' telah mewujudkan satu lagi rangkaian batch ini dengan blogspot yang dinamakan LAGENDA78.
Ini adalah open blogspot dan saya kira ini adalah satu kaedah untuk sesiapa saja dalam group ini memberikan apa jua sumbangan artikel untuk dilestarikan dan dimanfaat oleh anak cucu kita kerana kalau setakat di whatsapp ia tidak dapat dirujuk dengan baik.
Blog ini juga akan menyiarkan apa juga aktiviti di kalangan group kita.
Jadi, setakat ini saya seorang sahaja yang menjadi authornya oleh yang demikian saya alu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai blogspot ini sebagai author juga. Sertakan alamat email saja.
Ini juga peluang bagi mana-mana group kita yang buka klinik ke, buka warong ke, jual itu dan promote ini boleh memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Wasalaaaam....