Monday 7 July 2014

Assalamualaikum Kengkawan,
Kita banyak berbicara dekat whatsapp dengan lebih berseloroh dan cukup seronok dapat bersenda gurau sesama kita setelah sekian lama tak berjumpa.
Sebagai memperkukuhkan lagi perhubungan kita saya, Zulkefli Mohamad 5A1, atau nama blogger saya 'braveiron' telah mewujudkan satu lagi rangkaian batch ini dengan blogspot yang dinamakan LAGENDA78.
Ini adalah open blogspot dan saya kira ini adalah satu kaedah untuk sesiapa saja dalam group ini memberikan apa jua sumbangan artikel untuk dilestarikan dan dimanfaat oleh anak cucu kita kerana kalau setakat di whatsapp ia tidak dapat dirujuk dengan baik.
Blog ini juga akan menyiarkan apa juga aktiviti di kalangan group kita.
Jadi, setakat ini saya seorang sahaja yang menjadi authornya oleh yang demikian saya alu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai blogspot ini sebagai author juga. Sertakan alamat email saja.
Ini juga peluang bagi mana-mana group kita yang buka klinik ke, buka warong ke, jual itu dan promote ini boleh memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Wasalaaaam....

No comments:

Post a Comment