Sunday 13 July 2014

Maahad Tahfiz Baitil Hamdi Masih Perlu Bantuan

Maahad Tahfiz Baitil Hamdi, Tabuh Naning Melaka memerlukan suntikan dana baru bagi menempatkan 18 orang pelajarnya yang kehilangan blok asrama mereka akibat kebakaran baru-baru ini.

Inilah kesan bencana kebakaran yang berpunca dari litar pintas.
Buat masa ini mereka ditempatkan di rumah mertua Cikgu Ab Halim Jalil yang kini mengambil tanggungjawab mengelolakan maahad ini. Oleh kerana ianya sebuah rumah kampung yang biasa, kini kerja-kerja menambah infrastruktur asas seperti tandas dan bilik mandi sedang dilaksanakan.
Inilah rumah mertua Cikgu Halim yang dijadikan penempatan dan pengajian 18 pelajar perempuan tersebut.
Satu majlis ringkas penyerahan sumbangan telah diadakan di hadapan rumah ini. Sumbangan tersebut yang berjumlah keseluruhannya RM5,500 adalah dari kumpulan bekas pelajar yang menggelarkan diri mereka Lagenda Mozac78.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Dr Haji Ahmad Wahid dan Sdr Zulkefli Mohamad. Turut sama di majlis ringkas itu adalah Sdr Abu Hanifah Karim.
Menurut Cikgu Halim lagi lebih banyak dana bakal diperlukan kerana tapak kekal Maahad Al Hamdi ini sudah pun dikenalpasti dan buat masa ini sedang dalam proses untuk memohon pihak kerajaan negeri untuk memperbaiki dan membina jalan masuk yang lebih baik dan lain-lain kemudahan infrastruktur yang diperlukan.
Sama-samalah kita berdoa agar Ketua Menteri sekarang, Sdra Idris Haron, yang juga merupakan bekas pelajar Mozac sudi membantu bila permohonan dikemukakan.
-Braveiron

No comments:

Post a Comment